Seorang guru besar wanita di sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya sejak tahun 2019.<br /><br />Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada pukul 1 tengah hari Isnin.
